Wednesday, 28 November 2012
TUGASAN STORYBOARD KPD 3026-BATU SEREMBAN
KPD 3026
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN
2
SEMESTER DUA /
AMBILAN FEBUARI 2012
AHLI KUMPULAN :
NAMA PELAJAR
|
NO.K/P
|
NO.MATRIK
|
||||
RAZALI BIN MOHD.AMAR @MOHD.OMAR
SAIDAH BINTI ABD. WAHAB
JUNAIDIH BIN MUSTIREH
PERIMUS BIN OMINSHIL
MOHAMMAD BIN JUARI AMIT
|
701221-12-5125
700814-12-5142
701102-12-6029
690908-12-5673
750831-12-5343
|
PPG
/ 42852 / 12
PPG
/ 43297 / 12
PPG
/ 42728 / 12
PPG
/ 42840 / 12
PPG
/ 42783 / 12
|
||||
PROGRAM:
|
||||||
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
|
||||||
INSTITUSI :
|
||||||
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
|
||||||
PUSAT PEMBELAJARAN :
|
||||||
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
|
||||||
TUGASAN :
|
STORYBOARD
|
|||||
TAJUK :
|
||||||
PROJEK VIDEO ATAS TALIAN :
STORY BOARD BATU SEREMBAN
|
||||||
NAMA PENSYARAH :
|
||||||
DR.AZIDAH ABU
ZIDEN
|
||||||
TARIKH :
|
1 DISEMBER 2012
|
MARKAH :
|
||||
KPD 3026
TUGASAN KUMPULAN
PROJEK – VIDEO ATAS TALIAN
Video untuk Modul Atas Talian (Projek Berkumpulan –
5 org ) (50%)
a. Pelajar
dikehendaki menyediakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi satu
topik pengajaran selama 10-15 minit. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran tersebut hendaklah dirakam dengan menggunakan video kamera yang
menggabungkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan. Ini
bermakna video tersebut perlu dirakam dan disunting supaya ianya dapat dilihat
secara terus oleh penonton
b. Pelajar
perlu menyediakan ‘story board’ tentang penghasilan video tersebut. Video
tersebut kemudiannya perlu diletakkan (di ‘embed’) ke dalam modul atas talian yang telah
dibangunkan dalam kursus KPD3016. Penilaian akan dilakukan oleh pensyarah
secara atas talian terhadap video tersebut. Story board juga perlu diletakkan
di dalam modul atas talian yang telah dilaksanakan pada semester lepas. (penerangan
tentang storyboard akan dilakukan dalam ppgusm.com)
c. Ahli kumpulan perlu menyatakan secara terperinci bahan
yang disediakan oleh setiap ahli kumpulan supaya tidak terjadinya ahli yang
tidak bekerjasama dalam menghasilkan projek ini.
d. “Peer Evaluation” akan dilakukan dalam
ppgusm.com
ABSTRAK
Dalam tugasan ini,Kumpulan Kudat 1 akan
menyediakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi satu topik
pengajaran selama 10-15 minit. Aktiviti yang dicadangkan ialah aktiviti
PERMAINAN BATU SEREMBAN. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
tersebut dirakam dengan menggunakan video kamera yang menggabungkan
aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan. Ini bermakna video
tersebut dirakam dan disunting supaya ianya dapat dilihat secara terus oleh
penonton. Seterusnya, kumpulan kami akan
menyediakan ‘story board’ tentang penghasilan video tersebut. Dalam aktiviti ini semua ahli kumpulan perlu menyatakan secara
terperinci bahan yang disediakan oleh setiap ahli kumpulan supaya tidak
terjadinya ahli yang tidak bekerjasama dalam menghasilkan projek storyboard ini.
Petikan artikel Wikipedia (2010)
mentakrifkan papan cerita (storyboard) sebagai perancang bergambar seperti
suatu siri ilustrasi atau gambar yang dipaparkan dalam turutan. Sejarah papan
cerita bermula daripada papan cerita yang pertama lahir daripada lakaran cerita
seakan buku komik Disney pada tahun 1920-an, di mana juruanimasi Webb Smith
melukis adegan-adegan pada helaian kertas berasingan dan melekatkannya pada
papan buletin untuk menerangkan cerita dalam turutan. Tahun-tahun berikutnya
menyaksikan penggunaan papan cerita yang lebih banyak, malah dari awal hingga
akhir animasi dan filem seperti ‘Gone
with the Wind’.
Kini papan cerita merupakan
bahagian penting proses pembangunan filem, teater, animasi, fotografi, komik,
perniagaan dan juga media interaktif. Kegunaan terkini papan cerita adalah
dalam bidang pembangunan laman web dan perisian, di mana papan cerita berfungsi
memperincikan perisian kepada pengguna. Ringkasnya, penggunaan papan cerita
dapat:
1.
Mengukuhkan atau menetapkan
sesuatu rekaan.
2.
Memberi jalan untuk mengatasi
masalah yang dihadapi pengguna dalam dunia
sebenar.
3.
Menampilkan fungsi suatu
penyelesaian, produk atau servis yang dicadangkan
4.
Memberi maklumbalas.
Seperti yang telah diterangkan,
penggunaan papan cerita adalah penting dalam menunjukkan kemajuan sesuatu
projek. Memandangkan pembinaan perisian sendiri memerlukan ketelitian dan idea
bersama kedua-dua pengguna dan pengeluar, maka penggunaan papan cerita adalah
kaedah terbaik untuk tujuan ini. Papan cerita tertumpu kepada pengeluar dan
pengguna, jadi jika fokus adalah pengguna, maka perlulah ada cerita untuk
disampaikan (Luedke, 2010).
Walau bagaimanapun, adalah
penting untuk mengetahui cara yang tepat atau masa yang sesuai untuk
menggunakan papan cerita. Pengguna selalunya mempunyai idea tentang apa yang
mereka mahukan, tetapi tidak pasti fungsi atau kebolehan sesuatu perisian.
Seperti antaramuka grafik atau ‘Graphic User Interface (GUI), papan cerita
memberi gambaran rekaan yang lebih jelas kepada pengguna dengan memberi
maklumat dalam bentuk yang senang difahami.
Modul
Video Atas Talian : Penghasilan Bahan
Persembahan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
Aktiviti
1 : Perancangan Persembahan Dan Prinsip CASPER
Aktiviti
2 : Rakaman Video Batu Seremban ( Batu 1 – 7 )
Aktiviti
3 : Membina Bahan Persembahan
Aktiviti
4 : Merakamkan Aktiviti dan Convert To Video ( Movie Maker )
Aktiviti
5 : Burn To CD
Aktiviti
6 : Menggunakan Aktiviti untuk P & P ( Video / PowerPoint / You Tube Video
)
Aktiviti
7 : Berkongsi Dan Menilai Hasilan
Keperluan :
1.
Set Komputer multimedia beserta mikrofon dan pencetak.
2.
Perisian Microsoft Office 2010 yang telah diinstall sepenuhnya.
3. Fail-Fail sokongan.
4. Sumber Maklumat Batu Seremban yang dipilih
daripada Laman Web.
5. Buku teks serta sumber maklumat yang lain.
6.
CD untuk menyimpan fail video dalam bentuk Pack and Go.
STORY BOARD BATU SEREMBAN
1.0 PENGENALAN.
Batu Seremban merupakan salah satu daripada
permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak pada masa dahulu.Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan
Selambut atau Serembat.Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu
dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang
atau lebih. Permainan ini kebiasaannya
dimainkan menggunakan batu dan ia dikenali sebagai “Buah”. Namun, buah yang digunakan tidak tetap kerana
ada kanak-kanak yang menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil
sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya
digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak tujuh atau lima biji.
Kebiasaannya,
batu seremban ini dimainkan menggunakan tujuh biji objek-objek yang dikenali
sebagai buah ini.Permainan ini
sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau
dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan
bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini
memudahkan permainan tersebut dimainkan. Permainan batu seremban sering
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan, dan adakalanya kanak-kanak lelaki juga
tidak ketinggalan bermain permainan ini.Permainan tradisional seperti ini berupaya
membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.
Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu
ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional batu
seremban ini juga dikenali sebagai permainan rakyat.
Rajah 1:Permainan
batu seremban
popular di kalangan kanak-
kanak perempuan.
|
2.0 CARA
PERMAINAN BATU SEREMBAN ( 7 BIJI ).
Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan.
Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan
buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang
mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke
peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Peringkat-peringkat tersebut dimainkan dengan
menggunakan lima biji buah sahaja.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah tempat yang menggunakan tujuh biji
buah yang permainannya sedikit ringkas dan tidak memerlukan banyak langkah.Batu
Seremban 7 biji buah kebiasaannya dimainkan secara individu dan lebih mudah menggunakan
batu.Namun, boleh juga dimainkan secara berkumpulan sekiranya terdapat lebihan
pemain. Antara langkah-langkah bermain
menggunakan tujuh biji buah ialah: sebelum memulakan permainan, pemain akan
menetapkan pusingan permainan dan mencabut undi permulaan permainan.
Langkah 1: Tujuh
biji buah diselerakkan di atas lantai.
Langkah 2: Kemudian, sebiji buah dijadikan sebagai ibu
buah.
Langkah 3: Buah yang diselerakkan diambil mengikut
bilangan buah.
Langkah 4: Ibu buah dilambung dan ambil satu biji buah.
Langkah 5: Kemudian, ibu buah dilambung sekali lagi dan
dua biji buah diambil.
Langkah 6: Langkah
seterusnya, ibu buah dilambung dan ambil tiga biji buah.
Langkah7:
Apabila
kesemua buah telah diambil, buah kemudiannya diselerakkan
semula.
Langkah 8: Pihak lawan akan membuang lima
biji buah dan meninggalkan hanya dua
biji buah sahaja.
Langkah 9:
Dua
biji buah kemudian akan dijentik oleh pemain supaya mengenai satu
sama lain.
Langkah10:
Pemain
akan menimbang buah dan bilangan buah yang ditimbang
merupakan jumlah mata yang dapat
dikumpul.
Rajah 2: Menimbang “buah” untuk
mendapat mata.
|
3.0 PERATURAN BERMAIN
- Pemain
tidak boleh menyentuh buah yang tidak diambil.
Sekiranya terkena tangan, dikira batal dan giliran bermain ditukar.
- Dalam
langkah menjentik buah, sekiranya dua biji buah yang ditinggalkan pihak lawan
terlalu dekat, pemain perlu menggunakan jari untuk memintas antara buah
tersebut. Jika terkena jari, maka
permainan batal.
- Sekiranya
bermain secara berkumpulan atau berdua, giliran diberikan kepada ahli kumpulan
lain sekiranya pemain pertama batal dan gagal meneruskan permainan.
- Pemain
yang mendapat giliran kembali perlu memulakan permainan dengan menyambung
langkah yang gagal dilakukan sebelum itu.
Ahli kumpulan juga perlu berbuat demikian.
- Sekiranya
pemain gagal mengingat langkah terakhir yang gagal dilakukan, mata yang
dikumpul akan kembali ke angka kosong.
Rajah 3:Antara
objek-objek yang dijadikan sebagai “buah” bagi
permainan batu seremban.
|
SILA TEKAN RIGHT KLIK DAN
PRESENTATIONOBJECT –SHOW
( WINDOWS 2010 0NLY )
|
3.1.1 Saidah / Razali : Penerangan
Asal Usul Batu Seremban
Batu
Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat.Permainan ini gemar
dimain oleh kanak-kanak perempuan.Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua
orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu
kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat
digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.Batu
seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah
atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata.
VIDEO 1
SILA TEKAN RIGHT KLIK PADA
GAMBAR DAN PRESENTATION
OBJECT –SHOW
( WINDOWS 2010 0NLY )
|
Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
SILA TEKAN RIGHT KLIK PADA GAMBAR DAN
PRESENTATIONOBJECT –SHOW
( WINDOWS 2010 0NLY )
|
3.1.2 CARA BERMAIN : Penerangan Buah Satu - Saidah / Razali
Kesemua buah hendaklah diselerakkan,
berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.Sebiji buah akan
dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.Dalam masa yang sama,
sebiji buah di atas lantai harus dikutip.Perlakuan begini akan berterusan
sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,
3.1.3 CARA BERMAIN : Penerangan Buah Dua: Junaidih Mustireh
Cara
buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.Hanya dua biji buah harus
dikutip dengan masa yang sama.Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua
kali sahaja.
SILA TEKAN RIGHT KLIK PADA GAMBAR DAN
PRESENTATION
OBJECT –SHOW ( WINDOWS 2010 0NLY )
|
3.1.4 CARA BERMAIN : Penerangan Buah Tiga:Junaidih
Mustireh
Buah
tiga ada sedikit perbezaan.Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan
dikutip.
Lambungan
yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
3.1.5 CARA BERMAIN : Penerangan Buah Empat :Perimus Ominshil
Buah
ibu akan dilambungkan ke udara.Pada masa yang sama, pemain harus mengutip
kesemua
empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.
SILA TEKAN RIGHT KLIK PADA GAMBAR DAN
PRESENTATION OBJECT –SHOW
( WINDOWS 2010 0NLY )
|
3.1.6 CARA BERMAIN : Penerangan Buah Lima:
Perimus Ominshil
Buah
lima akan dimainkan seperti buah empat.Pemain harus melambungkan buah ibu ke
udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan
serentak.Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang
sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas
lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.
3.1.7 CARA BERMAIN : Penerangan Buah Enam:Mohd.Juari Amit
Pada
peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.Pada peringkat
ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.Apabila
sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar
dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
SILA TEKAN RIGHT KLIK PADA GAMBAR DAN
PRESENTATION OBJECT –SHOW ( WINDOWS 2010 0NLY )
|
3.1.2 CARA BERMAIN : Penerangan Buah Tujuh:Mohd.Juari Amit
Buah
tujuh adalah urutan daripada buah enam.Dua biji buah yang ada di dalam tangan
harus dilambungkan dengan serentak.Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.Buah ibu hendaklah disambut
dengan kedua-dua belah tangan.Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan
kanan.Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.
Cara
membuka Hyperlink Video , sila right pada arahan dan open Hyperlink
TEKAN OK
Rajah 4:Batu
seremban versi moden
|
Walaupun permainan batu seremban ini agak
lama, ia tetap harus dilestarikan supaya tidak pupus dari muka bumi ini.
Permainan tradisional seperti inilah yang memberi semua kaum Melayu identiti
mereka sebagai orang Melayu.Jika orang Melayu tidak fasih dalam bahasa Melayu,
sekurang-kurangnya terdapat juga permainan tradisional yang membolehkan masyarakat
Melayu untuk mengekalkan identiti mereka.Permainan tradisional seperti ini
lebih mudah untuk dilestarikan berbanding melestarikan Bahasa Melayu.Selain
daripada itu, permainan batu seremban ini ada banyak kebaikannya.Ia membolehkan
tangan dan mata untuk bekerjasama dengan lebih tepat dan cepat. Ia juga
membolehkan pemain-pemain untuk
bersembang antara satu sama lain.
5.0 NILAI-NILAI MURNI DALAM PERMAINAN
TRADISIONAL
( PENERANGAN DALAM VIDEO SECARA NARATOR ) KLIK DISINI
Cara
membuka Hyperlink Video , sila right klikpada
arahan dan open Hyperlink
tekan ok
Keistimewaan permainan
tradisional melayu ialah nilai-nilai murni yang boleh diperolehi daripadanya
melalui permainan, kanak-kanak akan menerima pendidikan yang tidak formal.
Lantaran itu, ia berupaya memberi satu kesan yang positif dalam perkembangan
kanak-kanak yang boleh diperolehi. Dalam
permainan batu seremban, beberapa nilai juga boleh diambil untuk membentuk jati
diri masyarakat kita sejak daripada kanak-kanak lagi. Antaranya ialah :
i. Membentuk
disiplin
Salah satu ciri utama
dalam permainan tradisional melayu ialah terdapatnya peraturan atau
undang-undang permainan. Pemain-pemain akan dibatasi dengan peraturan ketika bermain.
Ini secara tidak langsung membentuk disiplin diri pemain-pemain agar mematuhi
peraturan.
ii. Menanamkan
perasaan hormat-menghormati
Salah satu ciri utama
dalam permainan tradisional, kanak-kanak ditanamkan dengan perasaan
hormat-menghormati keputusan pengadil dan menghormati pasukan yang menang atau
kalah. Di samping itu, permainan yang berbentuk permainan keluarga juga penting
kerana ia berpengaruh untuk mewujudkan perasaan hormat-menghormati antara ahli
keluarga.
iii. Melahirkan
perasaan toleransi atau tolak ansur
Secara tidak langsung
permainan tradisional ini turut menyemai perasaan toleransi atau tolak ansur di
kalangan kanak-kanak melalui permainan, kanak-kanak mudah diasuh untuk
bekerjasama sesama rakan dan bantu-membantu antara satu sama lain.
iv. Sabar,
jujur dan amanah
Sifat sabar, jujur dan
amanah juga boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak yang mana mereka boleh
mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya. Ini membantu dalam membentuk
kanak-kanak menjadi manusia yang boleh dipercayai, amanah dan jujur.
v. Berkomunikasi
dan berinteraksi
Kebanyakkan permainan
tradisional melayu dimainkan secara berkumpulan. Ini membantu kanak-kanak
berhubung antara satu sama lain. Ahli kumpulan biasanya akan sentiasa
bekerjasama untuk memperolehi kemenangan. Cara ini memudahkan kanak-kanak
berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Kemahiran berkomunikasi
dan berinteraksi ini boleh diamalkan sepanjang masa.
vi. Menggunakan
masa dengan berfaedah
Kebiasaannya, permainan
tradisional dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu petang atau masa lapang yang
lain. Kanak-kanak bermain setelah selesai daripada melakukan keja sekolah atau
tugasan yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Ini melatih kanak-kanak
menggunakan masa mereka dengan cara yang berfaedah. Di samping itu, ia juga
mengelakkan kanak-kanak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
vii. Ketahan
fizikal dan daya saing
Melalui permainan
tradisional, ia dapat membentuk ketahanan fizikal kanak-kanak. Ini menanamkan
semangat juang dan daya saing yang tinggi terhadap kanak-kanak dan mereka boleh
menyemarakkan semangat dalam kegiatan seharian mereka.
viii. Mengeratkan
hubungan kekeluargaan
Sesetengah permainan
tradisional boleh dimainkan bersama-sama ahli keluarga. Mereka amat berasa
gembira dan bersuka ria bersama-sama. Suasana ini akan mewujudkan ikatan
kekeluargaan yang lebih erat sesama ahli keluarga.
x. Hubungan
dengan rakan-rakan dan jiran
Di samping ahli
keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga merupakan rakan sepermainan yang
utama. Melalui permainan, ia akan mengeratkan lagi kemesraan dan ikatan
persahabatan yang lebih akrab antara satu sama lain.
xi. Menghargai
warisan bangsa
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang
amat bernilai. Apabila kanak-kanak sering
bermainnya, ia akan membantu mengekalkan permainan ini. Dalam pada itu,
kanak-kanak akan sentiasa menghargai, mencintai dan menyanjungi permainan
warisan bangsa melayu.
xii. Bertanggungjawab
Dalam permainan
tradisional, pemain-pemain lazimnya akan diberikan peranan tertentu etika
bermain. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat dilatih bagi memegang suatu
tanggungjawab tertentu. Ini sedikit sebanyak membantu melatih kanak-kanak agar
bertanggungjawab.
xiii. Mengelakkan
pembaziran
Kebanyakkan permainan
tradisional tidak menggunakan peralatan tertentu. Walau bagaimanapun, ada yang
menggunakan peralatan daripada bahan-bahan terbuang atau pun bahan-bahan yang
boleh diperolehi tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan. Ini dapat
menjimatkan perbelanjaan dan mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.
Keadaan ini akan melatih kanak-kanak agar berjimat cermat.
Di samping itu,
nilai-nilai murni yag dinyatakan di atas, banyak lagi nilai-nilai murni yang
lain. Antaranya ialah ia dapat menanamkan semangat patriotik, kerajinan,
kecekapan dan sebagainya. Kesimpulannya, permainan tradisional melayu dapat
memberikan banyak manfaat kepada kanak-kanak.
RUJUKAN
Luedke, B. (2010) Requirements
gathering with storyboards.www.techtarget.com
(2010) Software development. www.wikipedia.com
(2010) Software development
process. www.wikipedia.com
(2010) Storyboard. www.wikipedia.com
Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin
& Manimegalai Subramaniam. 2002.Reka bentuk perisian multimedia. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Jamaludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun
Tasir. 2001. Pembangunanperisian multimedia satu pendekatan
sistematik. Kuala Lumpur: VentonPublishing.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan
Dan Penilaian Perisian MultimediaBagi Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Dalam Pengajaran DanPembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana
Pendidikan. UniversitiKebangsaan Malaysia,Bangi.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.Kuala Lumpur: Federal
Publication.
Subscribe to:
Posts (Atom)